Author: shaeja
•23:07
salam.....

Mahuku coretkan sesuatu mengenai kehidupan. Indah akhlak kerana budi, indah manusia kerana peribadi. Tapi jika indah diluar hasad dihati macam mana???\



Bila manusia sibuk bercerita tentang pembebasan Mesir dari Presiden Hosni Mubarak, beliau sahabatku itu sibuk bercerita tentang rasa hatinya. Hatinya sunyi, jiwanya meretapi, hidupnya kini di dunia sendiri. Bukan tiada orang yang tidak mengerti tetapi ramai yang tidak berani, takut di sembur "cili padi".


Jika dulu angkuh sendiri " aku bisa berdikari, walau dimana aku berdiri"...tapi kini tinggal sepi, hanya air mata menjadi teman sejati. Redholah wahai hati, redho dengan kehendak Illahi, menguji iman mu serata bumi mahupun memuncak tinggi. Allah itu Maha Adil sahabatku, jika dulu manusia "itu" kamu hina, namun kini kau puja. Bersihkan hatimu walau sahabat. Tanamkan konsep redho dalam diri, bersyukur dengan anugerah dan pengorbanan yang telah "mereka" lakukan terhadapmu.


Aku bisa mendengar dulu, sahabatmu meluahkan rasa
" ana takut sahabatmu itu"
aku bertanya lagi " mengapa enti harus takut sedangkan kita kan sama, datang ke bumi ini demi setitis lautan ilmu"
"ana takut sebab dia tu suka serang orang sesuka hati"
Aku memujuk hatinya " enti bersabarlah mungkin dalam "hot"nya hati sahabat kita itu ada hikmahnya, enti berpegang aja pada prinsip setiap apa yang berlaku itu pasti ada hkmahnya".
Dia tersenyum sendiri..........
Mungkin menanam azam dihati .Aku berdoa setiap hari agar hati-hati kami bertaut kerana AgamaMu Ya Illahi....Amin ~ ^_^ ~
Author: shaeja
•10:54
suasana Kg. Bengprol, Kampung Cham, Kemboja


Nampak macam cantik pemandangannya...tapi kehidupan mereka siapa yang tahu. dalam satu slot Modul Pendidikan kebanyakkan anak-anak di perkampungan ini berebut-rebut untuk menimba ilmu. Beza dan memang sangat berbeza dengan suasana di Malaysia. Mereka dahagakan ilmu, namun kurangnya sumber ilmu intuk mereka tagih.

  anak-anak ni tgh berebut nak masuk kelas..:)

  suasana dalam kelas...dhaif kan
Author: shaeja
•09:47
salam...

Indahnya persahabatan kerana Allah. Bukan mudah untuk kita leraikan perasaan ini kecuali dengan hadirnya rasa jiwa dan iman dalam mengikat janji antara dua hati. Terasa rindu sebuah keikhlasan seorang sahabat, sahabat sedih, sahabat rindu, dan yang paling penting "aku menyayangi dirimu kerana iman". Namun inilah yang sukar diungkap jika tali persahabatan itu dibina kerana duniawi dan kepentingan diri.

"aku saudara seimanmu"...........ahh rindunya kalimah itu...

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini
Amin...AllahummaYassir wala Tua'ssir  ~ ^_^ ~