Author: shaeja
•23:07
salam.....

Mahuku coretkan sesuatu mengenai kehidupan. Indah akhlak kerana budi, indah manusia kerana peribadi. Tapi jika indah diluar hasad dihati macam mana???\



Bila manusia sibuk bercerita tentang pembebasan Mesir dari Presiden Hosni Mubarak, beliau sahabatku itu sibuk bercerita tentang rasa hatinya. Hatinya sunyi, jiwanya meretapi, hidupnya kini di dunia sendiri. Bukan tiada orang yang tidak mengerti tetapi ramai yang tidak berani, takut di sembur "cili padi".


Jika dulu angkuh sendiri " aku bisa berdikari, walau dimana aku berdiri"...tapi kini tinggal sepi, hanya air mata menjadi teman sejati. Redholah wahai hati, redho dengan kehendak Illahi, menguji iman mu serata bumi mahupun memuncak tinggi. Allah itu Maha Adil sahabatku, jika dulu manusia "itu" kamu hina, namun kini kau puja. Bersihkan hatimu walau sahabat. Tanamkan konsep redho dalam diri, bersyukur dengan anugerah dan pengorbanan yang telah "mereka" lakukan terhadapmu.


Aku bisa mendengar dulu, sahabatmu meluahkan rasa
" ana takut sahabatmu itu"
aku bertanya lagi " mengapa enti harus takut sedangkan kita kan sama, datang ke bumi ini demi setitis lautan ilmu"
"ana takut sebab dia tu suka serang orang sesuka hati"
Aku memujuk hatinya " enti bersabarlah mungkin dalam "hot"nya hati sahabat kita itu ada hikmahnya, enti berpegang aja pada prinsip setiap apa yang berlaku itu pasti ada hkmahnya".
Dia tersenyum sendiri..........
Mungkin menanam azam dihati .Aku berdoa setiap hari agar hati-hati kami bertaut kerana AgamaMu Ya Illahi....Amin ~ ^_^ ~